Wednesday, February 13, 2013

CeRiTa KamI: Part 1


Sebuah pengenalan yg x pernah di sangka2 telah muncul dalam dunia baru ku. Dia yg selalu aku segani, jarang bertemu dan paling penting x pernah kami betegur sapa hingga Muka Buku menemukan kami dengan cara tak sengaja.

Kami memulakan perbualan dengan hanya mengahantar pesanan di “Facebook Inbox Message” dan ia berlarutan hingga dia mendownload Whatsapp. Hubungan rapat kami semakin akrab bila adanya whatsapp dan bermula lah CERITA KAMI .

Penemuan kali pertama yg aku rancang seara tidak sengaja membuatkan dia dan aku keluar bersama dengan niat aku yg mahu belanja dia menonton wayang. YA!! Aku  tidak punya perasaan apa2 ketika bersamanya dan aku hanya menunaikan hajat yg telah aku niatkan saja. Ternyata, penemuan kali pertama itu tidak membuat aku dan dia serik utk bertemu sekali lg. 

“First Impression” aku sgt2 selesa dan serasi keluar bersamanya. Gembira x terkata dan x ada sedikit pun perasaan bosan atau “annoying” dlm dirinya.

Oleh kerana tu, aku dan dia mengatur penemuan kali ke-2 utk bertemu sekali lg dan penemuan kali ke-2 itu menimbulkan rasa “nk lagi” keluar dengannya pd masa akan dtg. Tepat pd masanya, aku cuti sem pd waktu tu. Makin banyak la masa aku merapatkn hubungan silaturrahim.

Semakin hari kami semakin rapat, dan akhirnya timbul satu perasaan yg luar biasa dalam diri aku dan jg dia. Lidah sukar berbicara, tapi hati sudah melontarkan suatu kata yg mungkin mustahil buat diri aku utk merealitikannya. YA!! Mungkin ini bukan suatu perkara yg mustahil lg dlm sejarah keluarga dan aku lah yg bakal merealisasikan perkara yg mustahil itu.

JATUH CINTA lg setelah 2 tahun aku sendirian dgn membawa hati parah dan berdarah. Tidak terlintas di fikiran utk berpunya lg dan mgkn hingga ke alam pekerjaan. Kehadiran dia membuat aku membuka mata dan hati ku utk menerima hadirnya cinta. Cinta ku kali ini berbeza dgn cinta sebelum ni. Kehadiran perasaan ‘cemburu’ yg membuka mata aku tentang rasa cinta yg menghampiri. Mujur dia yg menyedarkan aku tentang rasa itu.

“knp aku cemburu bila dia keluar dgn perempuan tu?”

“apa yg aku dh buat ni?”


“patut ke aku rasa cemburu utknya?”


Kesemua pertanyaan itu yg bermain di fikiran ku. Aku takut itu hanya sebuah perasaan yg hanya menipu diri ku. Ternyata, itu adalah BENAR! Wahai hati, pelik sungguh engkau. Mgkn dia yg sudah di takdirkan utk ku. Ya Allah, adakah pertemuan ini memang engkau telah susunkn utk ku dan dia? Mungkinkah dia yg telah kau catatkan di Luh Mahfuz utk ku? Pada mu aku berserah dan pd mu jg aku meminta yg terbaik utk ku dan juga dia. 

No comments:

Post a Comment