Tuesday, February 26, 2013

CeRiTa KaMi: Part 2


Sedar x sedar lebih kurang 6 bulan lamanya kami menjalinkan hubungan cinta. Pelbagai cabaran dan dugaan kami tempuhi bersama. Dugaan berjauhan, sukar utk bertemu, dugaan penerimaan keluarga , dan sebagainya. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan setakat ini kami dapat tempuhi dugaan2 tersebut dgn baik dan mcm2 perancangan yg telah di rancang utk masa akan dtg.

Perbezaan jarak umur antara aku dan dia sebanyak 7 tahun membuat aku berasa selesa dan selamat apabila di sampingnya. Kasih sayang yg x berbelah bagi jelas terpancar di setiap perlakuan dan juga susun atur elok bahasanya. Ciri2 yg dia ada cukup menjelaskn kpd diri ku bahawa dia lah di antara lelaki yg layak dan sepatutnya aku curahkan kasih sayangku.

Mungkin sebelum ini aku silap atau salah memilih org utk menempatkan kasih sayang yg aku ada. YA!! Kata orang, Allah akan menguji dan menduga setiap hambanya sebelum mendapatkan kebahagiaan sebenar dengan membri org yg salah kpd kita. Syukur lah aku mampu hadapi kesemua dugaan, tomahan, hinaan, dan menjadi bahan umpatan org selama hampir setahun lamanya. Mujur aku tidak hanyut dengan perasaan negatif yg  sentiasa membunuh semangat aku dalam mengejar cita2.

Kehadirannya memberi suatu impak yg sgt besar di dlm dunia baru ku. Setiap masalah di kongsi bersama, susah senang bersama-sama dan yg paling penting kini dia lah org pertama selepas keluarga yg aku cari jika aku dlm apa jua keadaan.

Secara peribadi, aku rasa sangat serasi bersamanya. Sebab? Haaa sebab perangai atau sikap “GILA-GILA” yg dia ada sesuai dgn sikap aku. “BAHAN-MEMBAHAN” tu lah amalan kami selama dalam perhubungan ini. Sikap2 mcm tu lah yg dapat mengeratkan lagi hunbungan kasih sayang dan cinta antara kami krn kami x terasa terlalu terikat dgn “RULES” percintaan. Bercinta x smestinya perlu romantik selalu, terlalu jaga tutur kata, dan sebagainya. Apa yg penting, jadi diri sendiri dan x hipokrit. Baru la x bosan. InsyaAllah.. (yeahhh!! I proud of you my dear)

Dengan terbinanya sebuah percintaan ini, maka hadir lah suatu tanggungjawab mencorak CINTA dengan baik yg perlu kami ukirkan agar kebahagiaan yg datang dapat di kekalkan hingga terbinanya sebuah ikatan yg sah dan berpanjangan hingga kehujung nyawa serta kesyurga. INSYA’ALLAH.. 

I'm Really Happy With You.. Thank You soo MUCH :-)

No comments:

Post a Comment