Monday, May 20, 2013

Keinginan utk Memilih

Assalamua'laikum

Ruangan blog kali ni akan menggambarkan sebuah harapan yg sangat besar dari hati ku.

Iya..dia sepupu ku. adakah salah aku memilih dia sebagai pasangan sehidup dan semati?
Kenapa aku perlu menolak cinta dia dengan hanya kami berstatuskn "sepupu"?

X...semua tu x kan pernah berlaku walau sekecil noktah di hati ku. Sejujurnya, aku x pernah rasa cinta sekuat ini. Aku x pernah rasa erti cinta sebenar seperti ini. Dia... Dia dh buktikan pd ku dan memberi aku harapan utk menerima Cinta, Setia, Kasih, Sayang dan Tanggungjawab.

Aku yakin dengan pilihan ku kali ini. Setiap manusia mempunyai kekurangan masing2. Manusia itu bukan malaikat. Sekiranya alasan "K" tidak menerimanya hanya kerana dia adalah SEPUPU ku, aku x kan boleh terima hingga ke hjung nafas.

Wahai kamu..., berilah aku peluang utk mencari cinta dgn cara ku sendri. Tidak perlu terlalu memilih dan menolak jika dia hanya di gelar SEPUPU ku. Sesungguhnya, aku amat menyayanginya. X termampu jika kamu memaksa jiwa ini utk berpisah dgnnya dan itu x akan pernah berlaku.

Dan ini ada sedikit bingkisan FAKTA KAHWIN SEPUPU. ini sahaja yg aku mampu utk membuktikanya tidak salah.

Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23). 

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram dikahwini. Rasulullah s.a.w pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda. 

Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri. 



Semoga Allah mempermudahkan urusan Aku & Dia

AAMIIN...





No comments:

Post a Comment